Jaringan penalti Ayase Ueda pada penghujung perlawanan meranapkan impian skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke suku akhir.

Dalam perlawanan itu, skuad B-23 memiliki banyak peluang untuk mencipta jaringan menerusi serangan balas namun gagal menghasilkan sebarang jaringan termasuk sepakan bebas Safawi Rasid yang berjaya diselamatkan penjaga gawang Jepun, Ryosuke Kojima selain percubaan deras dari luar kotak yang tepat mengenai tiang gol. - UTUSAN ONLINE