Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Syahmi Safari yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Hasil kesilapan benteng pertahanan negara, Bahrain berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi Mohamed Hardan sebelum Hamad Alshamsan meledak gol kedua empat minit kemudian.

Bahrain meledak gol ketiga pada minit ke-89 sekali lagi menerusi Hardan sebelum pemain gantian negara, Safawi Rasid menjaring gol kedua negara pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun keputusan itu tidak memberi kesan kepada skuad muda negara yang sudah mengesahkan tempat dalam slot kalah mati lebih awal untuk bertemu Jepun, Jumaat ini. - UTUSAN ONLINE