Perlawanan tersebut adalah antara persiapan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang yang berbaki kurang dua minggu lagi.

Dalam kempen Sukan Asia 2018, skuad B-23 negara diundi bersama juara bertahan, Korea Selatan, Kyrgyzstan dan juga Bahrain dalam Kumpulan E.

Skuad belia negara itu akan pulang pada Selasa ini sebelum berdepan satu lagi aksi persahabatan sebagai persiapan terakhir untuk ke Sukan Asia 2018. - UTUSAN ONLINE