Ozil dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan kecederaan musim ini selain dipinggirkan Unai Emery atas faktor taktikal.

Pengendali The Gunners itu memutuskan untuk tidak membawa Ozil ke Belarus yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Borisov dalam aksi Liga Europa.

“Adakah dia cedera atau tidak sihat? Sebagai pemain awak mahu sentiasa bersedia untuk dipilih dan beraksi secara konsisten.

“Dia tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu, jadi dia perlu bekerja keras untuk kembali bersama pasukan. Itu yang perlu dilakukan bagi mendapatkan semula perhatian pengurus.

“Tetapi saya melihat situasi yang menyelubungi Ozil ini adalah sesuatu yang sangat memalukan,” kata Keown.-AGENSI