Kekalahan tersebut menyebabkan Perlis masih gagal melakar kemenangan musim ini, keputusan yang mengekalkan mereka di tangga tercorot liga dengan sekadar mengutip dua mata.

Malah, kekalahan terbaharu itu juga hampir pasti membawa kepada rombakan pasukan seperti yang dijanjikan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebelum ini, dan Presidennya, Datuk Rozabil Abdul Rahman dijangka me­ngumumkan perubahan dalam masa terdekat.

Dalam aksi di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar itu, pemain import dari Kanada, Issey Nakajima muncul wira Terengganu apabila menjaringkan dua gol kemenangan skuad Penyu.

Gol pertama Nakajima hadir pada minit ke-41 menerusi sepakan penalti selepas Mohd. Faiz Mohd. Nasir dijatuhkan Mohd. Alafi Mahmud.

Dia menggandakan kedudukan 2-0, tiga minit kemudian.

Enam minit selepas babak ke­dua bersambung, Perlis cuba bangkit dengan menyamakan kedudukan menerusi pe­nyerang remaja yang dipinjam dari Queens Park Rangers, Brandon Adams.

Malangnya sebarang usaha untuk bangkit tidak kesampaian dan Perlis terpaksa akur mengalami kekalahan keempat berturut-turut.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalah tipis 4-5 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pertarungan sengit yang berlangsung di Stadium Proton, Tanjung Malim.