Bekas penyerang Real Madrid itu dikaitkan dengan perpindahan ke La Liga meskipun Sevilla menyatakan usaha untuk mendapatkan bintang Sepanyol itu sangat rumit.

Morata hanya menjaringkan 16 gol dalam saingan Liga Perdan Inggeris sejak menyertai Chelsea pada Julai 2017.

Atletico dilaporkan sedang bersainga untuk membawa pulang Morata ke Sepanyol tetapi Simeone enggan mengulas mengenai spekulasi itu terutama selepas terikat 1-1 dengan Girona dalam aksi Copa del Rey.

“Perkara yang ada dalam fikiran saya ketika ini ialah Levante.

“Saya tidak bercakap mengenai pemain yang tidak bersama kami. Saya tidak boleh sahkan atau nafikan kerana jurulatih perlu tunggu apa yang kelab boleh lakukan,” katanya.-AGENSI