City yang masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham akan bertandang ke Old Trafford bagi menghadapi Red Devils dan pastinya perlawanan tersebut berprofil tinggi memandangkan kedua-dua pasukan tersebut terdesak untuk memburu kemenangan.

Skuad kendalian Pep Guardiola dalam perebutan memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan pencabar terdekat mereka Liverpool manakala United mahu menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik bagi memburu tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Kami berasa sangat gembira dengan kemenangan hari ini (semalam) dan sekarang satu lagi tugas getir menentang kami, menentang Manchester United di mana saya fikir perlawanan ini amat penting.

“Kami menjangkakan saingan sengit daripada lawan kerana ini juga perlawanan besar untuk United. Mereka memerlukan mata untuk berada dalam empat pasukan terbaik manakala kami berjuang untuk mendapatkan kejuaraan.

“United bermotivasi tinggi untuk menewaskan kami dan kami teruja. Kami tahu kami perlukan kemenangan dan tekanan amat dirasai namun itu perkara yang bagus,” kata pemain tengah Portugal itu. - AGENSI