PSG yang juga juara bertahan tewas selepas Marcus Thuram menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-93 untuk memastikan kemenangan 2-1 di Guingamp di Parc des Princes.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Neymar sebelum Yeni N’Gbakoto menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti dan Thuram memastikan PSG berputih mata menerusi jaringan masa kecederaan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, kami dapat banyak peluang.

“Kami terlalu yakin untuk menang. Memang mengecewakan untuk tewas menerusi tiga sepakan penalti dan ia adalah pelik.

“Penalti kedua memang meragukan kerana tiada apa yang berlaku dan adalah sesuatu yang biasa melihat sentuhan antara pemain.

“Mereka masuk ke kawasan kami sebanyak tiga kali dan diberikan tiga penalti.

“Kami seperti tidak cukup garang. Kami hilang kemungkinan untuk meraih trofi kejuaraan malam ini.

“Banyak perkara yang boleh dipelajari dalam setiap kekalahan. Memang berat untuk kami tetapi ia sangat diperlukan untuk maju ke hadapan dan saya harap ia sekadar insiden kecil sahaja,” kata Tuchel.-AGENSI