STATUS yang dimuat naik Tunku Ismail dalam Twitternya hari ini.

Beberapa minit selepas Harimau Malaya menyingkirkan Thailand pada separuh akhir, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuat naik status di Twitter: “Yyyyaaaaaarrrghghhhhhhh...Who put TCH (Tan Cheng Hoe) there, OKS (Datuk Ong Kim Swee) in under23, and Bojan (Hodak) in under19.

“All did extremely well. Claim jangan tak claim.. haha.. Congrats Malaysia and FAM. Love, TMJ”.

Harimau Malaya mengikat Thailand 2-2 dalam separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala malam tadi, sekali gus mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Skuad bawah 23 tahun bimbingan Kim Swee pula mengalahkan Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun selepas menang 2-1 pada peringkat Kumpulan E, Sukan Asia, Ogos lalu.

Malaysia juga layak ke suku akhir Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) Bawah 23 di China, Januari lalu.

Pasukan bimbingan Hodak pula muncul juara Kejohanan AFF (Persekutuan Bola Sepak ASEAN) Bawah 19 di Indonesia selepas mengalahkan Myanmar 4-3 dalam perlawanan akhir.

Harimau Malaya akan bertemu sama ada Vietnam atau Filipina dalam final Piala AFF 2018.

Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini, diikuti final kedua pada 15 Disember. - UTUSAN ONLINE