Minggu lalu, Conte menegaskan, dia menyerahkan kepada pengurusan Blues untuk menentukan masa depannya di Stamford Bridge, tetapi menafikan nasibnya terletak di tangan pemain.

Tiga jaringan lewat minit Daryl Janmaat, Gerard Deulofeu dan Roberto Pereyra di Vicarage Road bukan sahaja memberi kekalahan liga keenam kepada Blues musim ini, malah mendorong penyokong melancarkan gerakan Conte dipecat di media sosial.

Conte, berulang kali menyuarakan hasrat untuk kekal tetapi kelab masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kedudukanny.

Media Britain pula menyenarai pendek tujuh nama jurulatih yang dilihat berpotensi mengisi kerusi panas pengurus Blues.

Bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique mengetuai senarai calon pilihan untuk menggantikan bekas pengendali Itali dan Juventus, Conte tetapi dia tidak berseorangan kerana ada enam pemain lain turut berada dalam senarai pendek media Britain. – AGENSI