Sepanjang musim ini, dia berjaya menjaringkan dua gol dan dua bantuan jaringan dalam lapan penampilan Liga Perdana Inggeris dengan lima daripadanya beraksi selaku pemain gantian.

“Sudah pasti saya yakin untuk menjaringkan lebih banyak gol. Keadaan akan bertambah baik dengan kehadiran pemain-pemain hebat.

“Bagaimanapun, awak perlu sentiasa bekerja keras semasa sesi latihan. Buat masa sekarang saya rasa sangat hebat, cukup cergas dan bersedia memberikan aksi terbaik apabila diberikan peluang,” katanya.

Shaqiri bukan satu nama asing dalam kancah bola sepak Eropah, dia pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich sebelum menyertai Inter Milan dan Stoke.

Ketika pemain berusia 27 tahun itu masih gagal mendapatkan tempat tetap dalam jentera serangan utama Liverpool, dia percaya bahawa pasukan itu memiliki kekuatan yang seimbang.

“Saya beraksi di Bayern Munich bersama Franck Ribery dan Arjen Robben, jadi saya cukup tahu keadaan ini.

“Ini bukan perkara baharu. Saya tahu jentera serangan ini sangat hebat kerana mereka memiliki jurulatih berbeza selain bermain cara permainan berbeza tetapi keadaan hampir sama di Liverpool dan Bayern.

“Sukar untuk saya membandingkan kedua-dua pasukan ini,” katanya.-AGENSI