Bekas pengendali Celta Vigo itu akan menggantikan rakan senegaranya, Jorge Sampaoli yang bakal mengemudi skuad kebangsaan Argentina.

Berizzo, 47, mengetuai Celta ke separuh akhir Europa League pada musim ini bagaimanapun mereka disingkirkan oleh Manchester United. Sepanjang tiga musim di Vigo, Berizzo turut membantu Celta mara ke separuh akhir Copa del Rey sebanyak dua kali.

Sevilla menamatkan kempen La Liga di tempat keempat merupakan antara pencabar liga sebelum mempamerkan aksi kurang memberangsangkan di hujung musim. - AGENSI