Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dalam Facebook rasminya mengumumkan akan bekerjasama dengan SWCorp dan Perbadanan Stadium Melaka (PSM) untuk menjayakan kempen kebersihan tersebut.

Menerusi kempen itu, MUSA bersetuju untuk bekerjasama mempromosikan kempen berkenaan membabitkanpemain Skuad Hang Tuah.

Selain itu, kempen turut akan dipromosi dalam perlawanan-perlawanan tuan rumah Melaka United di Stadium Hang Jebat sepanjang saingan Liga Malaysia 2019.

Majlis memeterai perjanjian antara ketiga-tiga pihak itu berlangsung di Bilik Mesyuarat Stadium Hang Jebat, semalam dihadiri Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahi; Pengarah SWCorp, Shahrudin Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nick Yong Yoon Pin.

Semoga dengan kerjasama dalam menjayakan kempen kebersihan ini bakal mendidik penyokong Melaka United lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan stadium. - UTUSAN ONLINE