Jaringan Rufino yang menyudahkan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan menyelamatkan Red Giants daripada diaibkan tuan rumah dengan mengikat pendatang baharu itu 1-1 dalam aksi kedua Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian B. Sathianathan meraih dua seri selepas aksi pembukaan mereka diikat dengan keputusan yang sama sekali gus menduduki tangga keenam liga.

“Dalam permainan 11 lawan 11, tiada Messi dalam kalangan kami. Kami tidak bernasib baik dan bermain baik dalam aksi di laman sendiri dan hari ini turut mempunyai banyak peluang tapi gagal menjaringkan gol.

“Tetapi apa yang positif dalam perlawanan ini, selepas ketinggalan kami tidak berputus asa dan terus berjuang hingga ke akhir perlawanan.

“Kita mendapat keputusan seri dan kita perlu terus positif dan memberi yang terbaik dalam perlawanan akan seterusnya,” katanya penjaring terbanyak Liga Super musim lalu..

Selangor akan melayan kunjungan PKNS FC dalam aksi kedua liga di Stadium Shah Alam, Ahad ini.- UTUSAN ONLINE