Sejak tirai liga disingkap musim ini, skuad Red Giants belum pernah merasai nikmat kemenangan di laman keramatnya apabila mencatat keputusan seri 1-1 dengan Felda pada 3 Februari lalu, diikuti tewas 0-4 kepada PKNS FC (17 Februari), sebelum ditundukkan pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-2 (1 Mac).

Bagaimanapun, selepas Selangor meraih kemenangan sulung musim ini apabila menumbangkan Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu, Sathianathan mahu anak-anak buahnya mengheret momentum kejayaan tersebut ke Stadium Shah Alam.

“Terengganu merupakan pasukan yang kuat dan memiliki ramai pemain berkaliber. Bagaimanapun menerusi kemenangan sulung yang Selangor perolehi sebelum waktu rehat antarabangsa, kami mahu momentum ini dikekalkan untuk berdepan mereka.

“Sejak Liga Super musim ini bermula, Selangor belum pernah menang di laman sendiri, namun perlawanan pada Jumaat ini diharap dapat menterjemahkan kemenangan pertama di Stadium Shah Alam.

“Saya yakin dengan kemampuan anak-anak buah saya. Mereka dilihat sudah memiliki keserasian bersama,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE