Kuala Lumpur tewas 3-0 kepada Selangor dalam aksi suku akhir pertama di laman sendiri pada 7 April lalu cuba menyerap semangat Roma bagaimanapun jaringan

Zaquan Adha Abdul Razak pada minit ke-15, Paulo Dos Reis pada minit ke-45 dan Syazwan Andik Mohd. Ishak pada minit ke-54 masih belum cukup untuk menghalang Selangor.

Perlawanan tersebut terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas tiada sebarang gol dihasilkan pada masa tambahan.

Ketangkasan penjaga gol Selangor, Mohd. Khairulazhan menyelamatkan penalti pertahanan Kuala Lumpur, Firdaus Faudzi membolehkan Red Giants mara ke separuh akhir untuk menghadapi PKNS FC pada Jun ini. - UTUSAN ONLINE