Red Giants membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi jaringan penyerang sensasi dari Sepanyol, Rufino Segovia namun tuan rumah kembali menyamakan kedudukan hasil sepakan bebas menarik pemain tengah, Muhammad Safuwan Baharudin di luar kotak penalti pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat hanya memerlukan dua minit untuk kembali di depan menerusi gol Willian Silva sebelum K.Sarkunan melengkapkan kemenangan bergaya Selangor pada minit terakhir babak kedua.

Walau bagaimanapun, kemenangan itu tidak membawa sebarang makna apabila Selangor telah menjadi pasukan pertama tersingkir daripada saingan tersebut.

Sementara itu, dalam aksi Kumpulan B, PKNS FC melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Melaka United di Stadium Shah Alam.- UTUSAN ONLINE