Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Selangkah hampiri kejuaraan

Zidane mahu Real bertenang, jangan terlalu gembira

PEMAIN-pemain Real Madrid meraikan gol mereka yang disempurnakan
PEMAIN-PEMAIN Real Madrid meraikan gol mereka yang disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo ketika mengalahkan Celta Vigo dalam aksi La Liga di Vigo, semalam. AFP

MADRID 18 Mei - Real Madrid hanya perlu seri dalam aksi terakhir mereka Ahad ini untuk mengesahkan kejuaraan La Liga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun selepas membenam Celta Vigo 4-1, hari ini.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane juga menghampiri kejuaraan berganda buat kali pertama dalam tempoh 59 tahun apabila bakal berdepan Juventus pada final Liga Juara-Juara di Cardiff, 3 Jun ini.

Dalam aksi di Balaidos, yang sepatutnya berlangsung pada Februari lalu tetapi ditunda kerana stadi­um rosak akibat ribut, Cristiano Ronaldo sekali lagi mempamer ­prestasi cemerlang apabila meledak dua gol.

Bintang Portugal itu memecah rekod jaringan Eropah berusia 46 tahun milik Jimmy Greaves apabila meledak gol ke-367 selepas meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-10, diikuti gol ke­dua pada minit ke-48.

Ini adalah jaringan ke-38 Ro­naldo musim ini dan yang ke-23 dalam saingan liga, statistik yang cukup mengangumkan dan pasti menggerunkan Juventus menje­lang perlawanan akhir Eropah.

Dua lagi jaringan skuad Los Blancos disempurnakan Karim Benzema pada minit ke-70 dan Toni Kroos, minit ke-88 dalam perlawanan yang menyaksikan Celta terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas merapatkan jurang menerusi John Guidetti di minit ke-69.

Real hanya memerlukan satu mata daripada pertemuan menentang Malaga hujung minggu ini untuk merampas gelaran La Liga daripada Barcelona, yang bakal menerima kunjungan Eibar pada hari yang sama.

“Kami masih belum menempuh bahagian paling sukar biarpun sudah menghampiri kejuaraan.

“Gelaran belum diputuskan dan kami tidak boleh terlalu gembira,” kata Zidane, yang mahu pasukannya bertenang apabila menentang kelab pertengahan liga, Malaga, apatah lagi mereka bakal beraksi di laman lawan. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain