Selepas berjaya menarik kebanjiran hampir 80,000 penonton di Stadium Shah Alam, kemaraan ke final dijangka lebih gamat apabila menentang penyandang juara, Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang mampu menampung 100,000 penonton pada Selasa ini.

Thailand terdahulu mengesahkan tiket perlawanan akhir turut mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hasil tandukan ketua pasukan Chenrop Samphao, lima minit memasuki waktu kecederaan.

Dalam aksi Malaysia menentang Indonesia, ketika permainan dilihat hampir diheret ke masa tambahan, Thanabalan menanduk bola hasil sepakan penjuru yang diambil Nor Azam Azih, sekali gus meletakkan Malaysia misi merampas kejuaraan yang kali terakhir dimenangi di Jakarta, Indonesia pada 2011.

Ini adalah jaringan keempat Thanabalan sepanjang kempen Sukan SEA Ke-29, sekali gus memastikan skuad bawah 22 (B-22) bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengekalkan rekod kemenangan bersih selepas lima perlawanan.

Skuad muda negara sebelum ini turut memenangi kesemua empat perlawanan Kumpulan A selepas mengalahkan Brunei, Singapura, Myanmar dan Laos, malah melayakkan diri ke final Sukan SEA buat kali ke-12 sejak temasya di Bangkok pada 1959.

Perlawanan akhir kali ini juga ibarat ibarat buku bertemu ruas kerana Thailand memegang status sebagai juara terbanyak dengan 16 emas, manakala pasukan negara pernah merangkul kejuaraan enam kali, termasuk dua di laman sendiri iaitu pada 1977 dan 1989.

Empat lagi emas diraih pada 1969 (Rangoon), 1979 (Jakarta), 2009 (Laos) serta 2011.

Dalam perlawanan hari ini, Kim Swee menggunakan kesebelasan yang sama ketika menewaskan Myanmar bermula dengan garang menerusi percubaan Thanabalan seawal minit keenam, namun jaringannya dibatalkan oleh pengadil perlawanan selepas berada di kedudukan ofsaid.

berbahaya tetapi sepakan sudut Safawi berjaya ditepis penjaga gol lawan, Satria Tama Hardiyanto.

Sementara itu, Thanabalan ketika ditemui mengakui bahawa dia tidak beraksi begitu baik tetapi nasihat bapanya supaya melakukan tandukan jika gagal untuk menghasilkan gol dengan sepakan telah memberi kesan.

“Bapa (Nadarajah) saya berkata bahawa ‘kepala’ saya bagus, jadi kenapa tak gunakan untuk membuat tandukan gol,” katanya.

Mengenai final, Thanabalan berkata, sepanjang mewakili negara, ini pertama kali dia beraksi dalam perlawanan akhir.

“Saya dengar Thailand memperkecilkan pasukan kita, jadi jangan bagi peluang kepada mereka,” ujarnya.