Thanabalan berkata sambutan Hari Deepavali pada tahun ini disambut seperti biasa dan tiada apa yang istimewa untuk diperkatakan kerana apa yang penting dia dapat menyambutnya bersama ahli keluarga tercinta.

“Hari ini baru saya berkesempatan untuk membeli-belah bagi menyambut perayaan Hari Deepavali. Saya tidak tahu lagi berapa helai baju yang hendak dibeli. Apa yang penting adalah saya utamakan ahli keluarga dahulu.

“Kuih raya seperti meruku semua sudah beli cuma pakaian sahaja belum lagi.

“Untuk sambutan Hari Deepavali pada tahun ini sama sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini kerana walaupun nama saya popular ketika Sukan SEA 2017 namun saya lihat tiada apa-apa perbezaan terhadap diri saya.

“Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Hindu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nama Thanabalan melonjak naik selepas dia membantu skuad B-22 negara memenangi pingat perak Sukan SEA 2017 apabila meledak empat gol sepanjang kempen temasya dwitahunan itu. - UTUSAN ONLINE