Perancis, yang juga pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini, mengiringi Uruguay dan tuan rumah Rusia mara ke pusingan kedua pada ketika saingan kumpulan berbaki satu perlawanan.

Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 19 tahun 183 hari, Mbappe melakar sejarah tersebut apabila meletakkan skuad Les Blues di depan pada minit ke-34.

Skuad Didier Deschamps bakal berdepan Denmark yang akan merebut tempat dengan Australia bagi menduduki naib juara Kumpulan C demi melayakkan diri ke peringkat 16 terakhir.- AFP