Izham Ismail

Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Izham Ismail berkata, pihaknya menyokong tindakan itu supaya pasukan Liga-M lebih serius terhadap kebajikan pemain.

“Cadangan ini telah lama dikemukakan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan. Apabila FMLLP bersedia melaksanakan cadangan ini, pasukan yang mempunyai masalah tunggakan gaji akan memberi komitmen untuk menyelesaikan isu ini.

“Sudah tiba masanya pelaksanaan pemotongan mata ini di­segerakan sebagai langkah awal selain membawa mesej jelas bahawa isu tunggakan gaji adalah perkara serius dan mesti dibasmi sepenuhnya,” katanya dalam ke­nyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam hari ini dilaporkan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan melaksanakan penolakan mata kepada enam pasukan Liga-M yang masih gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Kevin berkata jumlah keseluruhan gaji tertunggak yang melibatkan dua pasukan Liga Super dan empat pasukan Liga Perdana hampir mencecah RM5 juta.