Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saya tidak akan jual Di Maria, Chicharito, Welbeck - Mourinho

Bintang Man Utd
CHICHARITO, Welbeck dan Di Maria antara bintang yang dilepaskan van Gaal ketika membimbing Manchester United. - UTUSAN ONLINE/AFP

LONDON 17 Mac - Jose Mourinho tanpa berselindung memberitahu, terdapat tiga pemain Manchester United yang tidak sepatutnya dijual sebelum dia mengambil alih kelab tersebut.

JOSE MOURINHO

Bercakap kepada Gary Lineker di BBC Sport, pengendali kelahiran Portugal itu membincangkan tentang situasinya setelah hampir setahun membimbing skuad Red Devils.

Dalam temubual khas itu, Mourinho mendedahkan tugasnya menjadi lebih sukar selepas menggantikan pengendali terdahulu, Louis van Gaal pada Mei 2016.

Ini kerana jelas Mourinho, dia agak terkilan selepas Van Gaal menjual penyerangnya yang bertaraf bintang.

“Manchester United menjual pemain yang sama sekali saya tidak akan menjualnya, termasuk membeli pemain yang saya tidak akan membelinya.

“Saya tidak akan sesekali menjual (Angel) di Maria, Chicharito (Javier Hernandez), Danny Welbeck. Tidak sesekali...langsung tidak,” kata Mourinho, yang membimbing United menang 1-0 ke atas FC Rostov dalam pusingan 16 terkahir kedua Liga Europa di Old Trafford, hari ini.

Juan Mata meledak gol tunggal pada minit ke-20 bagi melengkapkan kemaraan United menerusi kemenangan 2-1 secara agregat dan membawa kelab itu ke suku akhir kejohanan tersebut buat kali pertama sejak 1985.

Bagaimanapun, kejayaan itu turut dibayangi kecederaan hamstring yang dialami pemain termahal dunia, Paul Pogba, pada awal babak kedua.

Skuad kendalian Jose Mourinho kini memburu trofi seterusnya selepas menjulang Piala Liga yang dimenangi bulan lalu dan kemenangan menjadi suntikan semangat selepas tewas 1-0 kepada Chelsea pada saingan Piala FA. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain