Katanya, pemain import sedia ada gagal memainkan peranan untuk membantu memantapkan corak pemainan skuad The Fighters termasuk dalam perlawanan menentang Tampines Rovers dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di sini malam tadi.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, pemain import sepatutnya mempunyai kualiti lebih tinggi namun pemain tempatan dilihat lebih menyerlah dalam pasukan berkenaan.

“Kita akan berbincang dengan pengurusan. Berani saya cakap saya hendak tiga pemain import baharu,”

katanya kepada pemberita selepas perlawanan peringkat Kumpulan G Piala AFC itu.

Perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak tersebut berkesudahan The Fighters tewas 1-3 sekali gus menghuni tangga tercorot kumpulan berkenaan. - UTUSAN ONLINE