kepada Manchester United.

Sarri berdepan tugas berat untuk menyelamatkan tugasnya di Stamford Bridge selepas The Blues tumpas 0-2 kepada United di pusingan kelima Piala FA di laman sendiri.

United membuka tirai jaringan pada minit ke-31 menerusi tandukan Ander Herrera selepas menyambut hantaran lintang Paul Pogba sebelum bintang Perancis, Pogba menggandakan

jaringan sebelum rehat hasil tandukan terbangnya berpunca daripada umpanan cantik Marcus Rashford.

Berdasarkan nasib bekas pengurus Chelsea sebelum ini, mereka dipecat oleh pemilik kelab, Roman Abramovich selepas The Blues tidak mendapat sokongan daripada penyokong.

Ketika ditanya sama ada dia bimbang Abramovich akan mengambil tindakan terhadap dirinya, Sarri berkata;’Itu bukan masalah saya.

“Saya hanya bimbangkan posisi saya sebagai jurulatih ketika bersama kelab di League 2 di Itali, bukan sekarang. Saya tidak bimbang terhadap sebarang keputusa, bukan

mengenai pasukan. Sudah pasti saya boleh faham situasi ini.

“Saya boleh boleh faham tentang peminat kami sebab keputusan yang dicatatkan tidak bagus. Kami tersingkir daripada Piala FA,” katanya. - AFP