Kemenangan penting itu pastinya menyuntik semangat skuad Bujang Senang dan peminatnya dalam usaha mengelak daripada ditendang ke saingan divisyen kedua, Liga Perdana musim depan.

Terdahulu, Sarawak berjaya mendapat gol pertama setelah pemain tengah, Mohamad Alif Hassan menanduk kemas ke dalam gawang menumpaskan penjaga gol, Amirul Asyrf Mohd. Suhaidi pada minit ke-50.

Bagaimanapun Harimau Kumbang menjadi tempang pada minit ke-61 setelah Mohd. Azrul Ahmad menerima kad merah ekoran menumbuk pemain sayap Sarawak, Nur Shamie Iszuan Amin.

Nur Shamie dan Kapten Pulau Pinang, Mafry Balang juga dikenakan kad kuning dalam insiden berkenaan.

Sarawak terus mengiatkan serangan dengan hasilnya jaringan kedua diperolehi menerusi pemain simpanan Awang Kamaruddin Awang Bohan pada minit ke-72.

Keputusan berkesudahan 2-0 dan ketika ini, Sarawak melonjak ke tangga kesembilan dengan 17 mata manakala Pulau Pinang kekal di tangga tercorot dengan 12 mata.- UTUSAN ONLINE