“Untuk awal mu­sim Liga Perdana ini, Sarawak akan diwakili semua pemain tempatan yang terdiri daripada pemain yang sedia ada mahu pun dipilih dari pasukan Piala Presiden, belia serta daripada kejohanan Piala Sarawak 2017 yang akan bermula esok sehingga 11 November depan di Mukah.

"Sekiranya pemain tem­­patan Sa­rawak mam­­pu bersaing untuk tempoh tersebut, maka tiada keperluan un­­tuk menggunakan pemain import. Na­­mun sekiranya perlu, pengambilan pemain import akan dipertimbangkan pada jendela permindahan pemain," kata FAS dalam satu kenyataan.

Sarawak menamatkan aksi Liga Super musim ini di kelompok dua pasukan tercorot dan tersingkir ke Liga Perdana.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais sebelum ini dilapor sebagai mengesahkan khidmat tujuh pemain termasuk empat pemain import antarabangsa tidak disambung kontrak, sebaliknya pasukan itu akan diwakili seratus peratus pemain anak negeri.

FAS menambah, pengambilan pemain import bukan syarat wajib untuk setiap pasukan.

"Ini bergantung kepada keperluan dan kemampuan sesebuah pasukan. FAS tidak menolak sumbangan yang telah diberikan oleh pemain yang tidak disenaraikan untuk musim hadapan.

"Namun dengan mengambil kira faktor prestasi, jumlah gaji dan kekerapan kecederaan, maka pihak persatuan terpaksa melepaskan anda," kata FAS. – BERNAMA