FERNANDO SANTOS - REUTERS

Corak permainan Santos sering menjadi pertikaian bagaimanapun dia lebih mengutamakan keputusan apabila hanya tewas sekali dalam 21 perlawanan kompetitif sepanjang tempoh dia berkhidmat bersama juara Eropah itu.

“Kami tewas sekali dan tiga atau empat perlawanan seri baru-baru ini dan saya fikir berdasarkan jumlah tersebut ia menunjukkan kualiti pasukan saya.

“Kami sentiasa kompetitif. Jujurnya saya lebih berminat menjadi juara Eropah daripada bermain bola sepak dengan baik namun tidak menjuarai apa-apa kejohanan.

“Apa yang penting dalam bola sepak ini adalah kemenangan, tiada perkara lain selain daripada itu,” kata Santos.

Dalam pada itu, Santos memberitahu tahap keyakinan pemainnya memuncak biarpun terikat 2-2 ketika menentang Mexico dalam aksi pembukaan dan bakal bertemu Rusia hari ini.

“Kami tidak boleh lupa apa yang berlaku tahun lalu, semua pemain ini telah melakar sejarah yang cukup menakjubkan dalam sejarah bola sepak Portugal. Saya sangat yakin terhadap mereka,” katanya lagi. - REUTERS