Sane telah membuat tujuh penampilan bersama City dalam 14 saingan liga musim ini, namun empat gol dalam lima perlawanan terdahulu di Liga Perdana Inggeris sekali gus menyaksikan dia sedang membentuk prestasi seperti musim lalu.

Biarpun Sane belum lagi menyertai senarai bintang skuad Citizens seperti Sergio Aguero, David Silva, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Ederson, Gabriel Jesus dan Nicolas Otamendi dalam menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan kelab tersebut, namun Guardiola yakin ia bakal berlaku kepada pemain Jerman itu.

“Saya tidak banyak informasi daripada kelab berhubung masalah mereka dengan Leroy.

“Maklumat terakhir yang saya tahu, kesemuanya sedang berjalan lancar namun prosesnya tidak memakan masa sehari. Raheem bukan sehari kecuali Kevin, yang mengambil masa satu atau dua hari untuk siap.

“Yang lain ada kalanya memakan masa panjang namun saya harapkan dia akan kekal di sini dalam tempoh yang panjang,” kata Pengurus City, Guardiola yang akan membawa pasukannya bertandang ke Watford untuk aksi Liga Perdana Inggeris, esok.- AFP