awal pagi esok (waktu Malaysia).

Penyerang Borussia Dortmund itu dijangka memanfaatkan peluang selepas penyerang Manchester United terpaksa disingkirkan akibat mengalami kecederaan buku lali.

Ketua jurulatih skuad Three Lions, Gareth Southgate berkata dia bersedia untuk menggunakan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi walaupun dia dijangka untuk berada di bangku simpanan.

“Saya boleh katakan saya tidak teragak-agak untuk meletakkan mereka dalam kesebelasan utama pasukan.

“Rashford berada bersama pasukan perubatan sepanjang minggu. Dia tidak bersedia untuk perlawanan ini dan kami akan menghantarnya pulang ke kelab dia.

“Kami sudah tahu mengenai perkara ini beberapa hari yang lalu bahawa Marcus tidak bersedia untuk esok. Ini peluang kepada pemain lain. Kami sangat teruja untuk melihat penyerang yang akan bermain bersama pasukan ini,” katanya. - AGENSI