Pemain berusia 30 tahun itu yang meledak 47 gol dalam 141 penampilan bersama Barcelona dari 2011-14 tidak beraksi lebih enam minggu akibat kecederaan lutut.

Bagaimanapun, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa menagih pengalaman pemain itu selepas pasukannya gagal melancarkan sebarang percubaan tepat ke gawang lawan ketika Red Devils tewas 0-1 pada suku akhir pertama di Old Trafford, minggu lalu.

Sanchez gagal mempamer aksi meyakinkan sejak menyertai United dari Arsenal pada Januari 2018, malah kecederaan yang kerap dialami hanya memburukkan lagi keadaan.

Pretasi buruk menyaksikan dia hanya menjaringkan lima gol dalam 41 penampilan.

Selain Sanchez, turut dibawa dalam skuad 22 pemain ke Barcelona adalah pemain tengah, Nemanja Matic dan bek tengah, Matteo Darmian, bagaimanapun Ander Herrera serta Eric Bailly terlepas perlawanan itu. - AFP