Arsenal kini tujuh mata di belakang pasukan tangga keempat Manchester City berbaki satu perlawanan dalam tangan manakala Middlesbrough kini enam mata daripada zon selamat.

“Kedudukan empat teratas masih boleh dicapai secara matematiknya.

“Kami tahu kami perlukan kemenangan. Kini kami ada sedikit rehat untuk Piala FA (berdepan Manchester City pada separuh akhir awal pagi Isnin) dan kemudian kami kembali ke liga.”

Sekurang-kurangnya kunjungan Arsenal ke Teesside bermula dengan lancar berbanding perlawanan di tempat lawan berdepan Crystal Palace sebelum ini apabila mereka tersangkut dalam kesesakan di London dan tiba sejurus sebelum sepak mula.- AFP