Perkara itu diumumkan oleh Presiden AFA, Claudio Tapia berkata Sampaoli adalah pilihan yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut selepas jurulatih sebelum ini iaitu Edgardo Bauza dipecat.

“Sampaoli adalah salah satu yang dipilih,” katanya kepada ESPN.

Tambah Tapia berkata AFA akan berunding dengan Sevilla untuk melepaskan jurulatih itu selepas berakhirnya kampen La Liga pada bulan depan.

Selepas empat perlawanan kelayakkan, Argentina kini berada di kedudukan kelima kumpulan dalam zon Amerika Selatan sekali gus meletakkan pasukan itu terpaksa bermain perlawanan penentuan antara benua.

Empat pasukan teratas akan layak secara automatik - REUTERS