Lebih manis, Salah melengkapkan jaringan ke-50 bersama Reds sejak tiba di Anfield dari Roma, musim lalu.

Penyerang tersebut yang menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa gol ketika menumpaskan Huddersfield 1-0 Sabtu lalu, menjaringkan gol ke­dua Liverpool pada minit ke-45.

Dia kemudian meledak ja­ringan kedua peribadi menerusi sepakan penalti pada minit ke-51.

Dua lagi gol Liverpool disempurnakan oleh Roberto Firmino dan Sadio Mane, masing-­masing pada minit ke-20 dan 80.

“Saya tidak pernah meragui Salah, dia juga tidak pernah meragui dirinya tetapi kalau anda masih bercakap tentang perkara itu maka ia mungkin sengaja dibuat-buat.

“Ia (dua jaringan Salah) bagus kerana dia sedikit sebanyak menutup mulut pengkritik,” kata Klopp.

Salah, 26, meledak jaringan ke-50 hanya dalam 65 penampilan bersama Liverpool, sekali gus menjadi pemain paling pantas berjaya mencipta rekod tersebut.

“Ia hebat. Saya sangat gembira kerana berjaya menjaringkan gol ke-50 bersama Liverpool.

“Kami tahu bagaimana hendak bermain sebagai satu pasukan dan sangat memahami kua­liti ma­sing-masing,” kata Salah.

Buat kali pertama, rangkaian serangan Salah, Mane dan Firmino akhirnya meledak gol dalam perlawanan yang sama, musim ini. – AFP