Penyerang antarabangsa Belgium itu mengatasi Mohamed Salah dan Sadio Mane dengan kelajuan 35.04 kilometer (km) sejam.

Origi, yang menjadi penyumbang kepada jaringan penting bagi membantu Liverpool bersaing merebut gelaran, berada di kedudukan kelapan dalam senarai pemain terpantas Liga Perdana Inggeris oleh Opta.

Salah berada di kedudukan ke-11, dengan pemain Fulham, Timothy Fosu-Mensah, yang dipinjamkan dari Manchester United, mengungguli senarai tersebut dengan catatan kelajuan 35.32km sejam. Apa yang peliknya, Salah turut mendapati dirinya ketinggalan dua anak tangga di belakang penjaga gol Fulham, Sergio Rico.

Berikut adalah senarai 10 pemain yang memiliki kepantasan dalam Liga Perdana:

10. Patrick Van Aanholt (Crystal Palace)

Kelajuan: 34.96 km/j

9. Sergio Rico (Fulham)

Kelajuan: 35.01 km/j

8. Divock Origi (Liverpool)

Kelajuan: 35.04 km/j

7. Felipe Anderson (West Ham United)

Kelajuan: 35.11 km/j

6. Gerard Deulofeu (Watford)

Kelajuan: 35.13 km/j

5. DeAndre Yedlin (Newcastle United)

Kelajuan: 35.17 km/j

4. Leroy Sane (Manchester City)

Kelajuan: 35.18 km/j

3. Ruben Vinagre (Wolverhampton Wanderers)

Kelajuan: 35.20 km/j

2. Kyle Walker (Manchester City)

Kelajuan: 35.27 km/j

1. Timothy Fosu-Mensah (Fulham)

Kelajuan: 35.32 km/j