Pemain kelahiran Mesir itu menjaringkan gol pelengkap kemenangan 4-0 itu setelah gol pembukaan oleh Roberto Firmino.

Sadio Mane nyaris meletakkan kedudukan selesa Liverpool, untuk jaringan keempat sejurus gagal menyempurnakan sepakan penalti, menyaksikan kebangkitan anak buah Jurgen Klopp selepas kekalahan di tangan Napoli sekali gus memimpin kumpulan C Liga Juara-juara.

Liverpool kini dua mata di hadapan Paris Saint-Germain yang terpaksa mengharungi hingga ke masa kecederaan sebelum mencuri satu mata hasil keputusan seri 2-2 dengan Napoli.

Kehadiran Xherdan Shaqiri telah membuahkan hasil apabila kreativiti pemain Switzerland itu telah menghidupkan bahagian tengah.

Sentuhan kemas memudahkan Salah meletakkan Liverpool kelebihan dua gol selepas wisel separuh mata pertama ditiup.

Gol kedua Salah tercipta enam minit selepas bermula separuh masa kedua.

Mane menutup perlawanan dengan gol keempat dengan merejam hantaran silang Daniel Sturridge. - AFP