Pertemuan ‘derby’ Pantai Timur paling mencuri tumpuan melibatkan Terengganu menentang Pahang manakala pasukan ‘adik beradik’ Perak berdepan PKNP FC.

Dalam pada itu, PKNS FC yang melakukan kejutan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal bertemu Kedah manakala Kuala Lumpur di undi bertemu Felda United.

Aksi suku akhir pertama dijangka berlangsung pada 30 April dan 1 Mei manakala perlawanan suku akhir kedua pada 10 dan 11 Mei. - UTUSAN ONLINE