Tuan rumah mara ke peringkat 16 akhir Piala Dunia 2018 apabila menumpaskan Mesir 3-1, Selasa lalu, beberapa hari selepas membelasah Arab Saudi 5-0 pada aksi pembukaan.

Uruguay juga sudah mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati selepas menang tipis 1-0 ke atas Mesir dan Arab Saudi dalam dua perlawanan pertama.

Namun kemenangan di Samara Arena tetap penting bagi menentukan juara kumpulan, sekali gus menawarkan undian lebih baik pada saingan 16 akhir.

Dua pasukan teratas Kumpulan A akan bertemu sama ada Sepanyol, Portugal atau Sweden dari Kumpulan B.

“Uruguay pasukan yang sangat bahaya dan memiliki ramai penjaring gol tetapi kami tidak akan ‘tersasar’ daripada permainan sendiri,” kata pemain tengah Rusia, Aleksei Miranchuk.

Sementara itu, Uruguay pula sedang mempertimbangkan sama ada mahu merehatkan gandingan penyerang, Luis Suarez dan Edinson Cavani.

Skuad bimbingan Oscar Tabarez juga bakal kehilangan tonggak pertahanan Atletico Madrid, Maria Gimenez akibat kecederaan paha.

“Maria Gimenez terpaksa dilupakan untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Rusia,” kata Uruguay dalam satu kenyataan. – AGENSI