Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rusia buktikan kemampuan

pemain Rusia, Aleksandr Bukharov cuba memperdayakan penjaga gol
Pemain Rusia, Aleksandr Bukharov cuba memperdayakan penjaga gol New Zealand dalam perlawanan pembukaan Piala Konfederasi di St.Petersburg, Rusia, semalam. REUTERS

ST PETERSBURG, Rusia 18 Jun - Rusia melepasi ujian pertama selaku tuan rumah Piala Dunia 2018 apabila menang perlawanan pembukaan Piala Konfederasi sambil membuktikan kemudahan bola sepak negara itu sudah bersedia untuk menjadi penganjur yang berjaya.

Kemenangan 2-0 ke atas New Zealand bukanlah isu utama sebaliknya persiapan Rusia dalam menyediakan padang yang terbaik untuk perlawanan antarabangsa di sini lebih menjadi tumpuan memandangkan kelewatan pembinaannya dan masalah rumput sebelum ini.

Perlawanan pertama yang turut disaksikan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino itu bersama 50,251 penonton jelas berjalan dengan lancar sekaligus menafikan keraguan terhadap kemampuan Rusia dalam menjadi penganjur kejohanan bola sepak terbesar di dunia tahun depan.

Rusia yang baharu jatuh ranking mereka ke tangga 63 dunia tidak terjejas dengan kedudukan itu apabila bermula baik dengan membuka jaringan hasil gol sendiri pemain pertahanan New Zealand, Denis Glushakov yang tertampan bola melepasi jangkauan penjaga golnya pada minit ke-31.

Rusia mendapat gol kedua menerusi jaringan penyerangnya, Fedor Smolov yang menyambut hantaran rendah rakan sepasukan pada minit ke-69.

Rusia akan menentang pasukan pilihan, Portugal pada Rabu ini untuk perlawanan kedua mereka pada kejohanan itu. 
– AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain