Datuk Rosmadi Ismail
Datuk Rosmadi Ismail

Naib Presiden Persa­tuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau mahu membalas kepercayaan yang diberikan perwakilan dengan memberi khidmat terbaik kepada badan induk bola sepak negara itu.

Menurut Rosmadi, pengalaman 17 tahun bersama Kafa akan digunakan bagi memberikan idea-idea baharu dalam usaha memperkasakan FAM.

“Amanah yang saya pikul kali ini agak besar dan bukan mudah kerana ia melibatkan masa depan bola sepak negara.

“Namun saya akan berusaha memberi khidmat terbaik se­perti yang dijanjikan,” katanya.

Rosmadi memperoleh 20 undi di belakang Datuk Joehari Mohd. Ayob (34), Datuk Abdul Ghani Hassan (29) dan Datuk S. Sivasundaram (28).