Rooney meraih cap pertama dalam perlawanan menentang Australia pada tahun 2003 ketika berusia 17 tahun 111 hari dan menjadi pemain termuda pada ketika itu yang mewakili skuad kebangsaan England.

Pemain berusia 31 tahun itu juga meninggalkan skuad kebangsaan dengan rekod pemain paling banyak mewakili England iaitu 119 cap.

"Setelah melalui tempoh yang panjang dan sukar, saya memberitahu pengurus England, Gareth Southgate bahawa saya membuat keputusan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa.

"Ia keputusan yang sukar dan saya telah mengadakan perbincangan dengan keluarga, pengurus di Everton dan mereka yang rapat dengan saya," katanya dalam kenyataan di laman webnya, www.officialwaynerooney.com

Pengumuman itu dibuat menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia England menentang Malta dan Slovakia bulan depan. - REUTERS