Ronaldo melebarkan statusnya selaku penjaring terbanyak dengan 21 gol sepanjang zaman dalam pertembungan derby itu, selain meletakkan Real berada di landasan tepat untuk mempertahankan gelaran pada perlawanan akhir 3 Jun ini.

“Jumlah jaringan gol yang dilakukannya belum pernah dicatat oleh pemain lain, itu yang menjadikannya seorang pemain unik.

“Dalam perlawanan tadi, kami bermain dengan sangat baik. Bukan mudah untuk menjaringkan tiga gol ketika menentang Atletico Madrid.

“Babak pertama menyaksikan kami cukup hebat apabila mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol kedua. Bagaimanapun gol kedua dan seterusnya muncul di penghujung perlawanan.

“Saya cukup gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh mereka yang berupaya menjaringkan tiga gol dan paling penting kami mebawa bekalan selesa untuk bertandang ke Stadium Vicente Calderon nanti,” kata Zidane. - AFP