Bayi kembar lelaki serta perempuan yang diberi nama Eva dan Mateo itu dilahirkan Khamis lalu, menurut stesen televisyen Portugal, SIC.

“Mateo dan Eva, itulah nama anak kembar Cristiano Ronaldo. Bayi lelaki dan perempuan tersebut dilahirkan menerusi ibu tum­pang.

Ia masih menjadi rahsia kerana Ronaldo belum bersedia mendedahkan berita tersebut kepada seluruh dunia,” dakwa stesen te­levisyen berkenaan.

Bagaimanapun, stesen te­levisyen tersebut tidak mendedahkan lokasi sebenar bayi itu dan mengakui, belum ada sebarang gambar disiarkan.

Tiada sebarang pengesahan rasmi dilakukan Ronaldo mahu pun ejennya mengenai laporan itu, namun beberapa laman web dan akhbar Portugal, termasuk akhbar ha­rian utama negara itu, Correio da Manha turut menyiarkan berita berkenaan kelmarin.

Pada Mac lalu, akhbar di Uni­ted Kingdom melaporkan Ro­naldo bakal menjadi bapa kepada bayi kembar lelaki.

Menurut laporan, ibu tumpang yang kini berada di pantai barat Amerika Syarikat sedang sarat mengandung dan dijangka melahirkan bayi tersebut dalam masa terdekat.

Pada Julai 2010 Ronaldo mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia bakal bergelar seorang bapa, juga menerusi kaedah ibu tumpang.

Anak pertamanya itu yang diberi nama Cristiano Ronaldo Jr. atau dikenali dengan panggilan Cristianinho, kini berusia enam tahun. – AGENSI