Dia yang dijadualkan me­ng­a­dakan sidang akhbar di mah­kamah di Pozuela de Alarcon, bagaimanapun mengubah ja­dual dan hanya mengeluarkan kenyataan media.

Ronaldo didakwa memiliki satu struktur perniagaan pada 2010 untuk menyembunyikan pendapatannya, namun perkara itu turut dinafikan oleh ejennya, Gestifute.

“Jabatan Kewangan Negara Sepanyol telah dimaklumkan berhubung segala pendapatan saya kerana kami memberikan segala-galanya kepada mereka.

“Saya sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap cukai kerana saya tahu kita semua perlu mengisytiharkan pendapatan dan membayar cukai.

“Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu saya sentiasa bertanya kepada penasihat untuk memastikan segalanya dibayar pada masanya dan mengelakkan sebarang ma­salah,” katanya.

Ronaldo masih belum menyertai skuad Los Blancos kerana terlibat dengan aksi Piala Konfederasi sebelum ini di Rusia.

Sokongan daripada pihak Real turut membuatkan Ronaldo yakin bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Kini masanya untuk melihat keadilan menjawab segala persoalan. Saya tidak akan menjawab pertanyaan lain sehingga keputusan akhir telah diterima,” ujarnya. – AGENSI