CRISTIANO RONALDO - Agensi

Ronaldo memuatnaik gambar di Twitter sambil memegang jersi Real Madrid dengan tertera mesej ‘Kepada pemain No. 1 saya, Santiago.

Media Sepanyol melaporkan mesej yang tertera di atas jersi tersebut merujuk kepada Santiago Flores, seorang kanak-kanak yang terbunuh dalam bencana itu di sekolah pada Selasa lalu dengan skala magnitud gempa bumi 7.1.

Ahad lalu, Ronaldo turut memuatnaik Twitter dengan berkata ‘dalam kesedihan ini, saya menghantar satu pelukan besar kepada keluarga Santiago dan semua keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Dalam pada itu, Atletico Madrid dilaporkan menderma 50,000 euro (RM25 juta) bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi. - AGENSI