Kejayaan itu sekali gus menyamai pencapaian seteru utamanya dari Barcelona, Lionel Messi yang pernah menjulang gelaran itu sebanyak lima kali namun tahun ini bintang Argentina itu sekadar berada di kedudukan kedua manakala Neymar dari Brazil ketiga.

Anugerah itu secara rasminya menjadi penamat sempurna musim ini buat penyerang berusia 32 tahun itu, apabila dia muncul penjaring terbanyak Liga Juara-Juara yang menyaksikan kelabnya menewaskan Juventus pada final selain mengetuai kelab gergasi Sepanyol itu memenangi kejuaraan La Liga pertama dalam tempoh lima tahun.

“Sudah tentu saya berasa gembira. Ini sesuatu yang saya nantikan setiap tahun. Ia anugerah sama dimenangi tahun lalu (kali kedua berturut-turut), terima kasih kepada rakan sepasukan di Real Madrid dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya mencapai tahap ini,”kata Ronaldo pada majlis di Menara Eiffel, Paris.

Terdahulu, Ronaldo telah memenanginya sebanyak empat kali iaitu pada 2008, 2013, 2014 dan 2016 selain turut dinobat selaku pemenang anugerah Pemain Terbaik FIFA di London dua bulan lalu. -AFP