Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ronaldo mampu jadi penentu

Real Madrid bakal pintas Barcelona jika kalahkan Celta Vigo

Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika membantu Real Madrid
Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika membantu Real Madrid membenam Sevilla 4-1 dalam aksi La Liga di Santiago Bernabeu, Madrid, Ahad lalu. - AFP

MADRID 16 Mei - Cristiano Ronaldo yang kini berada di prestasi terbaik mampu membawa Real Madrid selangkah menghampiri kejuaraan La Liga apabila menge­tuai Los Blancos menentang Celta Vigo, esok (3 pagi Khamis waktu Malaysia).

Real bakal memintas Barcelona di puncak liga dengan kelebihan tiga mata andai menang di Ba­laidos, namun jika gagal mereka bakal mengundang kesukaran dan perlu me­nunggu nasib pada hari terakhir liga menentang Malaga, Ahad ini.

Perlawanan di Balaidos sepatutnya berlangsung pada Februari, namun ditangguhkan kerana angin kuat menyebabkan kerosakan teruk di stadium.

“Dia bukan peledak gol semata-mata, malah telah mela­kukan lebih daripada itu.

“Pada detik genting, Cristiano sentiasa ada untuk menyelamatkan pasukan,” kata pengendali Real, Zinedine Zidane.

Menurut Zidane, kehadiran Ronaldo akan membawa perbezaan dalam setiap perlawanan yang disertai.

Ronaldo meledak dua gol ketika membantu Real membenam Sevilla 4-1, Ahad lalu, sekali gus melakar rekod jaringan ke-401 bersama Los Blancos dalam semua pertandingan sejak menyertai gergasi bola sepak Sepanyol itu dari Manchester United pada 2009.

Musim ini, pemain berusia 32 tahun itu telah meledak 22 gol, malah mencipta hatrik ketika pasukannya menyingkirkan Ba­yern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara dan menentang Atletico Madrid di separuh akhir.

Penggiliran pemain yang dilakukan Zidane, selain posisi penyerang tengah yang diberi kepada Ronaldo membolehkan dia memaksimumkan keupayaan.

“Kami berada pada fizikal terbaik dan sangat fokus ketika ini. Kami akan memberi yang terbaik dan segala-galanya dalam setiap perlawanan,” kata Zidane lagi.

Gareth Bale masih diketepikan akibat kecederaan bersama Pepe dan Dani Carvajal, namun Real tetap berkeyakinan untuk me­ngalahkan Celta.

Biarpun lawan mereka tidak punya apa lagi untuk dikejar, Zidane memberi amaran kepada pemainnya agar tidak memandang mudah keupayaan lawan jika mahu menjulang trofi La Liga pertama sejak 2012.

“Setiap hari kami menghampiri gelaran tetapi cabaran belum tamat dan keadaan mampu menjadi rumit jika kami tidak melaksanakan tugas dengan baik.

“Apa sahaja boleh berlaku dan kami harus sentiasa positif. Ja­ngan ambil mudah sehinggalah semuanya selesai,” katanya lagi.

Kemenangan ke atas Celta akan meletakkan Real di tangga teratas dengan 90 mata, namun mereka perlu mengalahkan Malaga pada hari terakhir untuk mengesahkan kejuaraan.

Barcelona pula akan berdepan Eibar dalam aksi terakhir.

Sementara itu, Presiden Celta, Carlos Mourino berjanji pasukannya tidak akan memberi laluan mudah kepada Real.

“Mereka (Real) kini dalam keadaan terdesak untuk menang. Mereka fikir mereka ada kelebihan, namun kami akan pastikan itu tidak berlaku,” kata Mourino. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain