CRISTIANO RONALDO - REUTERS

Spekulasi Ronaldo bakal berpindah ke Manchester United dan beberapa kelab terkemuka bertiup kencang selepas pemain berusia 32 tahun itu mengugut mahu meninggalkan Madrid dan keluar daripada negara itu selepas menghadapi masalah cukai dengan pihak berkuasa Sepanyol.

“Ronaldo adalah pemain Madrid dan saya tegaskan dia akan terus bersama kami. Kami tidak menerima sebarang tawaran untuk mendapatkannya,” kata Perez.

Menurut akhbar tempatan Sepanyol kes yang melibatkan Ronaldo itu tidak selesai kerana dia percaya Madrid tidak memberi sokongan kepadanya seperti yang diharapkan. Keadaan semakin rumit apabila dia merungut layanan yang diberikan oleh peminat Madrid kepadanya yang sering mengejek sewaktu Ronaldo beraksi di atas padang.

Dalam pada itu, Perez berkata dia berasa sangat yakin Ronaldo akan kekal bersama Madrid kerana dilindungi dengan kontrak di mana jika dia mahu meninggalkan kelab tersebut klausa pelepasan sebanyak 1 bilion euro (RM4.78 bilion) diperlukan.

“Saya belum bercakap dengannya lagi. Kami tidak mahu mengganggu tumpuannya bersama skuad kebangsaan. Bagaimanapun saya fikir keadaan menjadi sangat pelik sekiranya dia meninggalkan kelab ini,” kata Perez. - AFP