Ronaldo mencipta gol pada minit ke-65 dengan aksi luar biasa, seolah-olah dengan mudah membawa Juventus melangkah ke pusingan kalah mati, tetapi Juan Mata menyamakan kedudukan pada minit ke- 86 melalui sepakan percuma, sebelum tiga minit kemudian Alex Sandro menjaringkan gol sendiri.

Pengurus United, Jose Mourinho berjalan keluar dari Allianz Stadium dengan penuh bangga setelah pasukannya mengutip tujuh mata daripada empat perlawanan - dua mata di belakang pendahulu Kumpulan H, Juventus.

Juventus pula melepaskan banyak peluang melalui Sami Khedira dan Paulo Dybala, akhirnya pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or, Ronaldo meledakkan gol pertama di hadapan 41,470 penonton, selepas menerima hantaran daripada Bonucci.

Ia adalah gol kelapan untuk musim ini dijaringkan pemain berusia 33 tahun itu yang berpindah ke sini dari Real Madrid. - AFP