Pejabat Pendakwa Raya dalam satu kenyataan hari ini berkata, ketua pasukan Portugal itu dituduh menipu dalam empat akaun dari 2011 hingga 2014.

Ronaldo, 32, dikatakan ‘mengambil kesempatan atas struktur perniagaan yang diwujudkan pada 2010 untuk menyembunyikan jumlah pendapatan sebenar yang diraih di Sepanyol atas hak imej’.

Menurut kenyataan itu lagi, Ronaldo telah menggunakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Virgin Islands untuk menyembunyikan jumlah pendapatan sebenar daripada Pejabat Cukai Sepanyol.

Ronaldo didakwa secara ‘sengaja’ tidak mengisytiharkan pendapatan bernilai 28.4 juta euro (RM135.69 juta) dengan menyerahkan hak imej 2015-2020 kepada syarikat lain yang berpangkalan di Sepanyol. - AGENSI